-PANTUN SAHABAT-
Lima ekor anak ikan,
Jatuh seekor tinggal empat,
Salam Ku hulur Tanda Ingatan,
Moga terhibur duhai sahabat..
Awan putih di langit biru,
Burung camar berlegar-legar,
Kerana Kasih kita bertemu,
Moga Kekal terus bersinar.
Budak-budak bermain air,
Simbah-menyimbah bersuka-suka,
Diri hendak berada hampir,
Berkongsi kisah suka dan duka.
Tapak sulaiman lima bucu,
Nampak kaku tapi hidupan,
Kita berkawan bukan baru,
Apa terbuku sama luahkan.
Anak ketam jalan mengiring,
Jangan mengiring berpasang-pasang,
Ingin Teman sama seiring,
sama seiring bersusah senang..
#Love_you_guys
#Sahabat_yang_tiada_tandingan